GULUNGAN MENOLAK HUKUM ALLAH DALAM KEDERHAKAAN KEPADA ALLAH...BOLEH ROSAK IMAN...MEREKA SEDANG DALAM RANGKA MERANCANG UNTUK MASUK NERAKA.....
ZINA KIAN GAWAT..NI BERITA2 YANG DAPAT DIKESAN...IA TAK DAPAT...JUMLAHNYA HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU....UNDANG2 ISLAM MASIH JAUH UNTUK DILAKSANAKAN...SEMUA TUDUH ANTARA SATU DENGAN LAIN...HUKUM ISLAM TETAP TAK TERTEGAK HINGGA SEKARANG...ORANG YANG TAK HENDAK DAN MENOLAK...ALLAH TAHU....ALLAH MAHA TAHU BAGAIMANA NAK MENGAJAR ORANG2 YANG ENGGAN HUKUM ISLAM INI...MEREKA SEDANG MENCARI NAHAS...JADI TUNGGANGAN SYAITAN...TENGAH MENEMPAH TIKET KE NERAKA JAHANAM....JADI BERTAQWA SERTA BERTAUBATLAH...INGATLAH...LU SAPA...
Bala hari keempat
Tragedi itu berlaku ketika mangsa dibawa ke kawasan pantai di Jambu Bongkok, dekat sini, selepas mereka bertemu di Hentian Bas Kuala Dungun kira-kira jam 12 tengah hari, 1 Disember lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), Superintendan Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan dilaporkan di Balai Polis Merchang kelmarin.
“Memang kita menerima satu laporan berhubung satu kes rogol dan kes berkenaan kini masih dalam siasatan dan dikendalikan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.
“Kita sudah menjalankan siasatan dan mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa berusia 21 tahun bersetuju menemui suspek yang menjemputnya menaiki kereta sebelum dibawa ke sebuah rumah di Jambu Bongkok kononnya untuk menukar pakaian.
Sebaik tiba di lokasi berkenaan, suspek berusia 20-an dikatakan menukar seluarnya sebelum mereka pergi ke pantai berhampiran.
Sebaik tiba, mangsa dicabul apabila dicium dan diraba sebelum dipaksa membuka seluar di dalam kereta berkenaan.
Mangsa cuba membantah tetapi dia terus dipaksa sebelum suspek membuka seluarnya dan merogolnya.
Mangsa kemudian dihantar semula ke lokasi pertemuan mereka, sebelum suspek melarikan diri dan mangsa yang kebingungan kemudiannya pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis.
Budak usia 5 tahun dicabul bapa saudara
Difahamkan, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama bapa mangsa yang juga abangnya sejak setahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kanak-kanak itu tinggal bersendirian dengan suspek selepas bapa dan ibunya keluar bekerja.
Menurut sumber, suspek yang diminta memandikan anak saudaranya itu oleh ibu bapa mangsa dikatakan hilang pertimbangan ketika membuka pakaian mangsa.
“Suspek yang terangsang sebaik menanggalkan pakaian mangsa kemudian mencabul mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan suspek cuba memujuknya,” katanya. Sumber berkata suspek berjanji untuk membelikan sesuatu kepada mangsa sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak membongkar perbuatan kejinya itu. Bagaimanapun, sebaik ibu dan bapa mangsa pulang ke rumah, kanak-kanak terbabit terus menceritakan kejadian berkenaan. “Walaupun berulang kali ditanya, kanak-kanak terbabit masih memberitahu diperlakukan demikian oleh suspek,” katanya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk pemeriksaan lanjut
Difahamkan, doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa. Pasangan kemudian ke Balai Polis Jinjang, untuk membuat laporan. Difahamkan, suspek sudah diberkas dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, (gambar) ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan
Kawal bergaul cara maya
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar), berkata pelayar laman sosial selalunya terperangkap mendedah identiti diri dan rahsia menerusi pihak tak bertanggungjawab dengan niat memperdaya.
Menurutnya, apabila mangsa sudah terpedaya hingga sanggup mempamerkan diri termasuk penyerahan gambar tak bermoral sama ada diambil secara sedar atau tidak sedar, pihak yang menganiaya itu akan mula mengambil kesempatan lain seperti ugutan dalam bentuk seks atau wang.
“Bahaya (pergaulan bebas di laman sosial) sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Secara prinsipnya, sebagai contoh wanita memegang status isteri yang asyik chatting (berbual maya) dengan bukan mahram hingga menaikkan nafsu tetap berdosa walaupun tidak bertemu fizikal.
“Sebenarnya orang yang mampu berinteraksi di laman sosial adalah orang yang ada kepandaian. Tetapi akibat jati diri lemah, orang yang pandai akan menjadi tidak bijak seterusnya mudah terpedaya,” katanya.
Menurutnya, kemajuan teknologi termasuk terciptanya laman sembang sosial seharusnya dimanfaatkan untuk perkara lebih bermakna seperti majlis ilmu, meluaskan pengetahuan atau berguru dengan pensyarah dari jarak jauh
Katanya, adalah sangat merugikan apabila kita bukan saja ketinggalan, malah menjadi mangsa teknologi daripada kemudahan di laman sembang sosial.
Wan Mohamad berkata, masyarakat kena berpegang kepada prinsip tak boleh bergaul bebas walau apa cara sekalipun dengan gaya hidup yang berubah sepantas teknologi.
“Bagaimanapun, saya nasihat kepada yang terlanjur dan pernah jadi mangsa supaya segera bertaubat. Tinggalkan budaya buruk sebelum hati menjadi keras mendekati Allah.
“Semua pihak perlu menyokong memulihkan kembali kehidupan mangsa kes sebegini. Kita tak boleh terus-terusan mengecam sebab perbuatan itu menyebabkan mangsa akan murung dan berputus asa,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan kes seorang wanita bukan saja ditipu puluhan ribu ringgit, malah sanggup bersekedudukan dengan lelaki warga asing dari Pakistan yang kononnya mahu berkahwin dan memberikan kesenangan kepadanya.
Semuanya bermula melalui perkenalan di sebuah laman sosial pada Julai tahun lalu sebelum wanita dikenali Ida berusia 26 tahun itu jatuh cinta selepas dijanjikan kemewahan oleh lelaki itu yang dikenali dengan nama Malik, 24.
Rozali diberi tempoh selesai kes
KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail diberi tempoh sehingga 4 Januari tahun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, bagi memberi kata putus terhadap permohonan cerai oleh salah seorang isteri beliau.
Ketika kes itu disebut pertama kali di mahkamah semalam, Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh berkenaan kerana kedua-dua pihak bersetuju berbincang sebelum Rozali buat keputusan.
Menurut peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, tokoh korporat itu belum adakan perbincangan berkaitan permohonan tersebut.
Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir kerana urusan rasmi.
Plaintif, Justynn Cassandra, diwakili peguam syarie, Amli Embong, failkan permohonan cerai secara baik terhadap Rozali November lalu, difahamkan setelah tiada persefahaman.
Pasangan tersebut berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua anak.
Raba teman wanita, lelaki didenda RM1,000
KAMPUNG RAJA – :Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku salah berkelakuan tidak sopan termasuk meraba dalam baju teman wanitanya di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan tertuduh yang masih belajar itu membayar denda RM1,000.
Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara seminggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama pasangannya berusia 19 tahun itu duduk dalam keadaan rapat, berpegangan tangan dengan kelakuan tidak sopan dan bertentangan syarak pada jam 1 petang, 10 Disember tahun lalu di atas sebuah wakaf di Pantai Air Tawar dekat sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa Syarie, Muhamad Khasmizan Abdullah yang membacakan fakta kes menyebut, penguat kuasa syariah yang membuat rondaan nampak jelas pasangan itu di atas wakaf dengan keadaan berpegangan tangan sambil tangan lelaki meraba ke dalam baju perempuan.
Pasangannya yang beralamat di Gong Medang di sini pula pada masa sama melentok kepala di bahu lelaki.
Dalam rayuan, lelaki itu memohon mahkamah meringankan hukuman kerana mereka tidak mampu sebab masih belajar.
Mohd Nazri menegur tindakan tertuduh lelaki yang berasal dari Tepuh, Kuala Terengganu itu kerana tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Tertuduh yang datang menunggang motosikal ke mahkamah akhirnya bersetuju membayar denda tersebut.
Berang cinta tidak berbalas
PETALING JAYA - Hanya kerana cintanya tidak dilayan seorang remaja berusia 17 tahun bertindak liar membakar motosikal milik kekasih gelapnya.
Kejadian tersebut juga menyebabkan 14 motosikal lain yang berada di kawasan terbabit musnah terbakar
Dalam kejadian jam 4.55 pagi di Apartmen Pelangi Damansara itu suspek dikatakan tidak berpuas hati setelah mangsa sebelum ini memarahinya kerana membuat bising.
“Saya menegurnya kerana membuat bising dengan bunyi motosikal sebelum ini,” kata mangsa yang berusia 26 tahun .
“Dia sering ganggu saya setiap hari melalui telefon bimbit dan minta yang bukan-bukan saya memang tidak mahu layan dia lagi,” katanya
Mangsa yang sudah berkahwin mendakwa, motosikalnya sebelum ini pernah dibakar suspek tiga tahun lalu sebelum berpindah ke apartmen itu.
Kemudian pada tahun lalu motosikal jenis Yamaha LC yang diletakkan di parkir Blok A dibakar sekali lagi menyebabkan enam buah motosikal lagi turut terbakar sama.
Difahamkan remaja tersebut dipercayai menganggotai kumpulan gangster dan sering menakut-nakutkan dia dan keluarganya.
Sehari sebelum kejadian mangsa telah membuat laporan polis berikutan ugutan yang diterima melalui telefon bimbit.
“Ini memang cara dia, dia sanggup buat apa sahaja asalkan hatinya puas,” katanya.
Mangsa kini kerugian lebih RM15,000 akibat tiga kali motosikalnya dibakar.
Susulan daripada kejadian suspek membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara.
Keseluruhan kerugian akibat kebakaran semalam dianggarkan mencecah melebihi RM50,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut manakala suspek yang terlibat sudah dikenal pasti.
“Buat masa ini kita telah menahan dua orang saksi dipercayai dapat membantu siasatan kes tersebut,” katanya.
Pemilik motosikal risau kejadian sama berulang
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Pelangi Damansara Azmi Abdul Latiff berkata, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kebetulan melakukan rondaan bergegas ke lokasi dan cuba memadamkan kebakaran.
“Kita terpaksa menggunakan empat pemadam api bagi mengelakkan ianya terus merebak dan memusnahkan lebih banyak motosikal.
“Api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 10 minit,” katanya.
Sementara itu mangsa yang ditemui meluakan kebimbangan memandangkan kejadian khianat kerap berlaku.
V Thangair, 48, yang baru menyelesaikan ansuran pembelian motosikalnya mengalami kerrugian RM3,000 kerana motosikal yang diguna musnah dalam kejadian tersebut
”Sekarang saya terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk beli motosikal baru,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Ng Kam Fah, 63, mahu pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap individu yang terbabit dalam kejadian itu.
“Nasib baik pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bertindak cepat memadamkan kebakaran jika tidak habis semua motosikal di sini musnah,” katanya.
Menurutnya, jika keadaan itu dibiarkan, ia mengundang risiko kehilangan nyawa.
Sementara Pengerusi KRT, Abdullah Din berkata, insiden sama kerap berlaku di apartmen berkenaan.
“Ini merupakan kes ketiga berlaku di apartmen ini yang disebabkan oleh dendam.
“Dua bulan lalu tiga buah kereta terbakar akibat pergaduhan dua kumpulan gangster,” katanya.
AYER KEROH - Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya, dua tahun lalu.
Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas mengangguk faham pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh di dalam rumahnya di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, telah menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya, yang berumur 29 tahun kira-kira jam 5 pagi pada 2 Jun 2008.
Tengku Shaiful Nizam yang kini masih dalam proses penceraian didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh lima tahun.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh.
Muhammad Hazri kemudian membenarkan jaminan RM6,000 bagi setiap penjamin selepas rakan tertuduh yang turut hadir ketika pendakwaan memohon wang jaminan dikurangkan.
Beliau turut menetapkan 20 Januari 2011 sebagai tarikh sebutan untuk lantikan peguam bela.
Anak mangsa bunuh diri sugul
SEREMBAN – Suasana pilu dirasai di luar bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, apabila anak lelaki wanita yang mati dalam cubaan bunuh diri di rumah pangsa Tun Dr Ismail kelmarin, tidak dapat menahan sebak selepas pemergian ibunya.
Kanak-kanak terbabit, berumur 10 tahun itu begitu sugul dan menangis teresak-esak sebelum ditenangkan saudaranya yang turut menemaninya menuntut mayat wanita berkenaan, semalam.
Lebih menyedihkan kanak-kanak itu apabila ibunya tidak sempat meraikan ulang tahun kelahirannya hari ini walaupun telah menyambutnya lebih awal sebelum kejadian itu berlaku.
Sinar Harian difahamkan, kanak-kanak itu adalah anak tunggal wanita terbabit bersama suaminya selepas dirikan rumah tangga 15 tahun.
Saudaranya yang enggan dikenali berkata, dia difahamkan mereka sekeluarga telah pergi bercuti bersama di Genting Highlands, baru-baru ini.
Kelmarin, seorang wanita berumur 30-an mati dalam cubaan bunuh diri yang sebelum itu berpaut pada tali ampaian di tingkat 13 rumah pangsa berkenaan sebelum melepaskannya, dalam kejadian jam 3.10 petang.
Lebih memilukan, cubaan bunuh diri ibu muda itu dilakukan di hadapan anak lelakinya itu.
Belum sah cerai, isteri kahwin lain
ALOR SETAR - Kita sering mendengar lelaki berkahwin dua, tiga dan empat. Namun, kali ini lain kisahnya bagi seorang kakitangan kerajaan di sini.
Dia mendakwa bekas isterinya berkahwin dengan seorang lelaki warganegara tempatan walaupun ketika itu dia masih berstatus isteri orang.
Lelaki yang mahu dikenali dengan Wan, 32, mendakwa, dia kini bercerai dengan bekas isterinya semalam, di Mahkamah Syariah Alor Setar setelah menerima wang tebus talak sebanyak RM35,000 daripada bekas isterinya.
Dakwanya, bekas isteri muda yang berusia 21 tahun itu dipercayai berkahwin dengan lelaki lain di Thailand dan hasil perkahwinan wanita itu mempunyai seorang anak lelaki.
“Pada awalnya bekas isterinya saya melarikan diri ke rumah keluarganya bersama anak saya dan kemudiannya mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai isteri saya berkahwin sekali lagi.
“Bekas isteri saya juga membuat saman nafkah kepada saya sebanyak RM500 sewaktu kami tidak tinggal bersama namun, saya tidak membayarnya dan 15 bulan kemudian dia membuat saman fasakh ke atas saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan berkata, dia langsung tidak menjangka yang bekas isterinya itu sanggup menduakannya kerana perkahwinan mereka tiga tahun lalu direstui keluarga.
Menurutnya, tuntutan hak penjagaan anak akan dibuat olehnya sehingga ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan hak jagaan anak yang kini berusia dua tahun enam bulan kerana dia berasakan dirinya berhak menuntut setelah apa yang dilakukan bekas isterinya.
“Saya dan bekas isteri saya mempunyai seorang anak lelaki dan kini anak itu tinggal bersamanya namun saya mahu menuntut hak jagaan anak saya kerana tidak mahu dia tinggal dengan bekas isteri saya.
“Apa yang dibimbangkan saya kini sekiranya anak saya tinggal bersamanya, sikap ataupun perangai bekas isteri saya itu menjadi ikutannya,” katanya.
Wan mendakwa, bekas isterinya yang dahulu hanyalah suri rumah tangga kini menjaga dua orang anaknya termasuk anak dengan lelaki yang baru dikahwininya itu.
Dakwanya, kali terakhir dia berjumpa dengan anak itu pada Julai lalu di Mahkamah Syariah dan dia kini amat merindui anak tunggalnya.
Wan ketika ditanya, adakah dia takut untuk berkahwin kali kedua, dia berkata, peristiwa yang menimpa ke atas dirinya itu menjadikan dia lebih berhati-hati untuk memilih pasangan.
Sementara itu, bapa kepada Wan berkata, dia kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas menantunya yang sanggup berkahwin dengan lelaki lain dalam masa yang sama masih mempunyai suami.
“Saya berasa sangat kesal dengan tindakan dia yang sudah dianggap seperti anak kandung namun bersikap curang dengan suami.
“Sedih juga saya rasa apabila keluarga bekas menantu saya itu sanggup bersekongkol dengan anaknya dengan membiarkan dia berkahwin dengan lelaki lain di Thailand,” katanya.
TOKAI – Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, siapa sangka selepas lebih 50 tahun bercerai sepasang suami isteri di Kampung Masjid Tokai di sini kembali bersatu sebagai suami isteri di usia emas.
Hanapi Man, 74, dan Aishah Jaafar, 68, bercerai dan terpisah tanpa khabar berita lebih 50 tahun dan masing-masing berkahwin lain, namun tidak menyangka jodoh mereka berdua masih ada walaupun di usia tua selepas kematian pasangan masing-masing.
Sinar Harian difahamkan pasangan itu memiliki seorang anak iaitu Suid Hanapi, 50, yang dibesarkan ibunya ketika berusia dua bulan selepas mereka bercerai.
Aishah berkata, selepas diceraikan dan ketika anaknya berusia empat tahun, dia berkahwin dengan lelaki lain yang bekerja sebagai polis dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam anak lelaki.
“Saya tidak tahu di mana bekas suami saya pergi dan tidak tahu sama ada dia berkahwin lain atau tidak selepas kami bercerai dan anak tunggal saya hasil perkahwinan pertama dijaga oleh saya dan bapa tirinya.
“Ketika anak meningkat remaja dan sedang belajar di universiti saya memberi sekeping gambar kepada anak saya untuk mencari bapanya. Usaha itu berjaya, saya mengetahui bekas suami saya ketika itu berada di Pahang dan sudah berkahwin lain serta memiliki ramai anak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di majlis perkahwinan mereka, di sini.
Aishah berkata, dia tidak menyangka jodohnya dengan bekas suaminya dahulu masih ada walaupun di usia tua selepas kematian suami 19 tahun lalu. Perkahwinan pasangan itu juga mendapat persetujuan semua anak di kedua belah pihak yang ingin melihat mereka bersatu.
Hanapi berkata, selepas bercerai dia menetap di Felda Sungai Pancing Selatan, dia kemudianya berkahwin dan memiliki enam anak. Namun, selepas kematian isterinya itu lebih setahun lalu dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan bekas isterinya dahulu melalui anak mereka apabila mengetahui bekas isterinya itu tidak mempunyai ‘teman’.
“Saya memberitahu Suid hasrat itu namun, tidak menyangka selepas anak saya pulang dari menunaikan haji menyatakan bahawa emaknya setuju untuk berkahwin dengan saya.
“Tiada berlaku apa-apa pergaduhan antara kami ketika berpisah dan hubungan kami baik sejak bertemu dan perkahwinan ini merupakan satu kegembiraan buat saya dan semua anak apabila melihat mereka gembira,” katanya.
Sementara itu, Suid berkata, ketika hasrat itu disampaikan kepada ibunya, ibunya memohon agar meminta persetujuan daripada semua anak daripada kedua pihak.
“Saya gembira melihat ibu bapa saya kembali bersatu walaupun di usia tua kerana keinginan saya melihat mereka kembali tercapai dan berharap hubungan kami sekeluarga akan bahagia untuk selamanya,” katanya
Tetap berdakwah walau dituduh gila
KAMPONG BANGGOL LALANG – Walaupun mendakwa namanya diburukkan sehingga mencemar keperibadiannya, namun Imam Masjid Khariah Guar Stesyen, Fakhrul Razi Syaari tetap menyeru agar penduduk setempat di sini, mengimarahkan Masjid Khariah Guar Stesyen berikutan banyak majlis ilmu yang boleh dipelajari.
Fakhrul Razi berkata, terdapat beberapa pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat namun sebabnya tidak dikenal pasti.
“Saya adalah manusia biasa, kita tidak pernah sempurna. Yang penting, saya menjalankan tanggungjawab saya menyeru kepada kebaikan. Saya tidak faham, kenapa ada pihak yang tidak berpuasa hati dengan saya,”
“Pernah ada orang mengatakan saya gila kerana selalu menyeru penduduk setempat untuk mengimarahkan masjid. Kalau marahkan saya tidak mengapa. Tapi janganlah memburuk-burukkan nama saya di kedai kopi dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, perbuatan itu bukan sahaja boleh menjurus kepada fitnah tetapi boleh memecahkan perpaduan antara penduduk.
“Saya sedar, kemungkinan penduduk sibuk untuk mencari rezeki dan mereka lebih selesa bersolat di rumah mereka. Tetapi, kalau boleh cubalah untuk memberi sedikit masa di masjid kerana terdapat banyak majlis ilmu yang amat berguna.
“Bukan itu sahaja, di masjid ini turut ada program ilmu boleh diikuti oleh penduduk di sini. Banyak kelebihannya kalau kita mengimarahkan masjid,” katanya.
Fakhrul Razi berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu seharusnya kembali ke pangkal jalan kerana perbuatan mereka itu hanyalah akan merosakkan persefahaman antara masyarakat di sini.
“Kita sepatutnya hidup dalam keadaan yang harmoni dan penuh dengan sifat kerjasama. Mengapa kita perlu menambahkan dosa kita dengan memperkatakan sesuatu yang buruk kepada orang lain.
“Yang penting, kita sesama Islam. Seharusnya kita menyokong setiap perkara yang membawa kepada kebaikan. Jikalau ada perbuatan saya yang tidak disenangi, datanglah berjumpa dengan saya dan bawa berbincang bukan dengan menokok tambah dengan kenyataan yang berbaur fitnah,” katanya.
Fakhrul Razi berkata, keharmonian hidup dalam bermasyarakat adalah penting untuk mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk setempat.
“Saya tidak mahu melihat penduduk kampung ini mempunyai sifat kebencian dan dendam. Kalau ada masalah kita patut selesaikan bukan memburuk-burukkan lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment