LAWAK...MANA ILMU DAN KEHEBATAN AMAL...JANGAN TAKUT MANUSIA....SYIRIK....YANG BERKUASA IALAH ALLAH....MANUSIA2 NI SEMUA AKAN MATI DAN TIADA KUASA LAGI...JANGAN SEBAB HABUAN DUNIA KITA JADI SYIRIK
BOLEH NIZAR TEGUR BUKANNYA ILMUAN2 DAN MUFTI2...
Nizar: Rosmah perlu berpakaian secara Islam
Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.
Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.
Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.
Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.
Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.
Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.
Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan
No comments:
Post a Comment