Wednesday, December 29, 2010

CORETANKU 287

HIDUP SEKALI JE DI DUNIA...LAKUKAN DAN AMALKAN PERKARA2 YANG MENYEBABKAN KITA DIGULUNGKAN DALAM GULUNGAN ORANG2 SOLEH....DAH MATI..... DAH TAK BOLEH MENYESAL ATAU MOHON HIDUP KEMBALI....JADI...INSAFLAH SERTA BERTAUBATLAH....

Warga emas tinggal keseorangan

KOTA BHARU - Biarpun tinggal di dalam rumah kecil yang diibaratkan sebuah bangsal, namun warga emas, Minah Awang Chik, 72, sering mengajak cucu datang ke rumahnya bagi menghilangkan kesunyian.

Bagi Minah, bangsal berkenaan menjadi tempat beliau berteduh malam dan siang, tetapi tempat berkenaan memberi ketenangan dalam hidupnya.

“Sudah 10 tahun makcik tinggal di rumah kecil ini yang tidak mempunyai bilik dan dengan keadaan ini, makcik duduk, tidur dan menjadikan ia dapur untuk memasak makanan.

“Kadang-kadang makcik menumpang tidur di rumah anak-anak berdekatan rumah, tetapi makcik tahu anak-anak makcik juga orang susah, anak ramai, makcik lebih selesa duduk sendiri,” katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Kampung Kenali Kubang Kerian, di sini.

Beliau berkata, lima anaknya yang ada hanya bekerja kampung dan tinggal berdekatan rumah, malahan mereka mempunyai ramai tanggungan dan menyara diri masing-masing.

Menurutnya, setelah berpisah dengan suaminya, Mat Nor Yaacob, 70-an, 13 tahun lalu, kini keluarganya yang lain kebanyakan tinggal di Pahang, beliau memilih untuk tinggal di rumah (bangsal) pusaka ibunya.

“Tanah ini diberikan nenek mereka ke atas nama cucu mereka (anak saya), jadi saya menumpang tinggal di sini dan memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM80 sebulan,” katanya.

Menurutnya, anak cucunya sentiasa menjenguknya, namun jauh di sudut hati, tambahan pula beliau kini menghidap penyakit tua yang sering batuk dan demam, beliau mengharapkan sinar bagi menghadapi hidup tahun baru.

Mereka yang ingin membantu beliau diminta menghubungi anaknya, Mohd Norzi Mat Nor (017-9895055) atau berkunjung ke kediamannya di Kampung Kenali, 16150 Kubang Kerian, di sini






Remaja diculik, dirogol

KUALA TERENGGANU – Gara-gara masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh abangnya dengan wanita lain, seorang gadis berumur 16 tahun bukan sahaja diculik, malah turut dirogol oleh tiga lelaki dalam satu kejadian di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payong, Marang, kelmarin.

Kejadian bermula apabila rumah mangsa yang didiami bersama ibunya yang berusia 53 tahun didatangi dua lelaki yang secara tiba-tiba meluru masuk setelah pintu dibuka dan terus melarikan mangsa.

Berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya itu, ibu mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa dilarikan oleh dua lelaki tidak dikenali dan dibawa ke sebuah rumah kosong di Pasir Panjang, di sini, sebelum dirogol oleh mereka termasuk seorang rakan abangnya.

“Bagaimanapun, pada hari sama, kakak mangsa menerima panggilan daripada seorang perempuan kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan akan menghantar mangsa kembali ke rumah. Namun selepas sejam dia menerima satu lagi panggilan memaklumkan akan membawa mangsa dan abangnya dengan selamat.

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan perempuan yang menghubungi kakak mangsa dan berjaya menahan gadis berusia 14 tahun di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, pada hari sama beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurut Manoharan, berdasarkan soal siasat ke atas gadis yang ditahan itu, polis terus menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama tempat gadis berkenaan ditahan, hingga membawa kepada kejayaan menangkap dua lagi suspek lelaki pada jam 12.10 tengah hari.

“Tidak lama selepas tiga suspek berjaya ditahan, polis menerima panggilan yang memaklumkan mangsa dan abangnya telah dibebaskan oleh seorang lagi suspek, yang juga abang mangsa.

“Berikutan itu, suspek telah berjaya ditahan berdekatan tempat kejadian bersama-sama abang mangsa yang berusia 31 tahun yang juga seorang peniaga rokok,” katanya.

Menurutnya, tiga suspek iaitu seorang berusia 27 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh; seorang peniaga rokok berusia 20 tahun, dari Kuala Lipis, Pahang dan seorang peniaga kedai runcit, 26, dari Bachok, Kelantan, termasuk abang mangsa ditahan reman selama empat hari bermula semalam, manakala gadis yang berusia 14 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin polis.

“Dua suspek berusia 26 dan 27 didapati positif dadah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 Kanun yang sama kerana merogol,” katanya.



'Tolonglah, dia adik saya'

DUNGUN –“Ini macam motor adik saya. Bagaimana keadaan dia encik? Kenapa tak panggil ambulans? Tolonglah, kenapa biar dia dekat situ? Encik, tolonglah, dia adik saya.

Itulah kata-kata yang mampu diucapkan Mohd Badrul Yusuf, 24, sebaik melihat adiknya, Hafsah Yusuf, 22, terbujur kaku di atas jalan raya sebelum dia terus longlai, tidak dapat menahan sebak melihat tragedi menyayat hati menimpa orang tersayang itu.

Mohd Badrul yang secara kebetulan melalui lokasi kemalangan itu sama sekali tidak menduga, motosikal Honda EX5 yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu, milik adiknya.

Setelah melihat keadaan motosikal yang tidak mengalami kerosakan, Badrul pada awalnya menyangka adiknya tidak mengalami kecederaan serius, namun hatinya lebur lalu terus longlai apabila diberitahu mayat yang terbujur di atas jalan raya itu adalah adik kandungnya


ARTIS..KERJAYA YANG MERAGUKAN DALAM HUKUM SYARAK...LEBIH2 MASALAH AURAT DAN PERGAULAN BEBAS....DUA PERKARA NI JELAS LANGGAR HUKUM SYARAK.....



Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil 

Irma Hasmie
KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.
Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.
“Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,” katanya.
Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.
Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.
Nabil Ahmad
Irma berkata, sekiranya ditakdirkan juga dia terserempak dengan bekas kekasihnya itu, Irma berjanji akan bertindak profesional dan melayan Nabil seperti rakan artis yang lain.
“Saya belum pernah jumpa dia selepas kami putus. Harap-harap buat masa ini tak terserempaklah. Tapi kalau terserempak juga, kita kenalah profesional. Insya-Allah, Irma boleh menghadapinya,” katanya.
Menurut Irma, jiwanya pada waktu ini semakin tenang dan dia amat bersyukur dalam tempoh perkenalan singkat mereka Allah telah memberi petunjuk Nabil bukan calon suami yang sesuai untuknya.
Tambah Irma lagi, walaupun Nabil pernah menyuarakan harapan untuk berbaik semula tetapi hatinya sudah tertutup untuk lelaki itu.
Ditanya apakah perbezaan selepas dia putus cinta dengan Nabil dan pelakon Farid Kamil, kantanya kedua-dua mempunyai pengalaman berbeza.
“Putus cinta dengan Farid tak seteruk putus cinta dengan Nabil. Tapi Irma dapat hadapi kedua-duanya dengan baik,” jelasnya.
Tidak mahu memikirkan soal lelaki buat sementara waktu, ujar Irma dia sekarang mahu memberi sepenuh tumpuan dalam bidang sen


SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa

PETALING JAYA: Agak mengejutkan apabila orang yang di sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya. Yang hidup pastikan mati… itu adalah janji tetapi perginya mereka, sedikit pun tidak di lupa.

1. AHMAD C ( Lahir 1932 - 14 Januari 2010)
Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
Antara filem yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon berbakat ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi.
Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah.

2. LYANA SULAIMAN (Lahir 1978 – 20 Januari 2010)
Adik kepada aktres Zarina Zainuddin, Lyana Sulaiman, 32, meninggal dunia di rumah ibunya di Ipoh, Perak pukul 11 pagi akibat penyakit misteri.
Lyana adalah seorang ahli perniagaan dan juga bekas pelakon di era 90an. Allahyarham pernah membintangi filem Panggilan Pulau (1994) arahan Ahmad Fauzee.
Selepas mengundurkan diri daripada bidang seni, Lyana dan ibunya bergiat aktif dalam perniagaan jamu.

3. DR. ANUAR NOR ARAI (Lahir 1943 - 21 Januari 2010)
Dr. Anuar Nor Arai, 66, merupakan seorang pengkaji filem dan pengarah yang pernah mencipta sejarah dalam bidang perfileman tanah air kerana mengarah filem dengan durasi terpanjang selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di Pusat Perubatan Selangor kerana menghadapi komplikasi paru-paru di sisi isterinya, Zahrah Ibrahim serta tiga anaknya iaitu Mazura, 39, Zuraira, 37, dan Ifa Mutiara, 36.
Selain aktif menulis skrip dan mengarah filem sejak tahun 1980-an, Allahyarham atau nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai juga merupakan Timbalan Rektor di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

4. AHMADI HASSAN (Lahir 1947 - 17 Februari 2010)
AHMADI HASSAN
Penyanyi nasyid era 70-an, Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru kira-kira pukul 6 petang akibat penyakit buah pinggang.
Beliau dikenali ramai dengan panggilan Pak Chat iaitu watak yang dipegangnya menerusi drama radio yang begitu popular pada 70-an, Fajar Di Bumi Permata.
Allahyarham berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang, meninggalkan tujuh anak menerusi dua perkahwinannya serta lima cucu.

5. YANIE MENTOR (14 November 1985 - 21 Mac 2010)
Penyanyi Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie, 25, meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari di Hospital Keningau, Sabah akibat ketumbuhan paru-.paru.
Allahyarhamah menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.
Yanie merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.

6. DIN BERAMBOI (22 Disember 1966 - 2 April 2010)
DIN BERAMBOI (tengah)
Pelawak Din Beramboi atau nama sebenarnya Meor Ahmad Fuad Meor Badri,44, meninggal dunia pada 2 April 2010 pukul 4.30 pagi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah.
Allahyarham meninggalkan seorang balu bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.
Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam di Hospital Selayang selepas dimasukkan ke ICU kerana penyakit itu.

7. ACHIK SPIN (1 Julai 1982 - 17 April 2010)
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.
Achik meninggalkan seorang balu, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, dan dua orang cahaya mata, Puteri Saffiya, 3. dan Puteri Sofia 10 bulan.

8. SITI ROHANI WAHID (Lahir 1957 - 11 Julai 2010)
Siti Rohani Wahid 53, yang juga isteri kepada pengarah, M. Jamil, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.
Menantu pelakon wanita veteran popular, Datuk Sarimah Ahmad ini meninggal dunia akibat kanser payu dara.
Allahyarhamah membintangi beberapa buah filem, Sepi Itu Indah, Jauh Di Sudut Hati, Bujang Selamat, Gila-Gila Remaja, dan Momok The Movie.

9. MARIAM BAHAROM (Lahir 1935 – 9 Ogos 2010)
Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya, Yishun, Singapura.
Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua.
Mariam pernah berlakon dalam filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

10. M.RAFIEE (Lahir 1924 – 16 September 2010)
Pelakon M. Rafiee Haji Khair, meninggal dunia 7.51 malam pada 16 September selepas lebih seminggu dirawat kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH).
Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga dan Seniman Bujang Lapok bersama Allahyarham P. Ramlee. M.Rafee juga diingati dengan ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.

11. M.RAJOLI (26 Jan 1988 - 17 September 2010)
Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.
M.RAJOLI
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Bagaimanapun terdapat sedikit persengketaan antara isteri pertamanya Hassimah Mat Din dengan isteri kedua Wan Chik Daud yang menjadi kontroversi.

12. YUSOF CHONG (Lahir 1947 - 5 September 2010)
Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.
Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima sebelum meninggal dunia setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.

13. YALAL CHIN ( Lahir 1943 -16 Oktober 2010)
Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin, 67, meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

14. SHAMRIN FOTOGRAF ( Lahir 1965 - 11 November 2010)
SHAMRIN
Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

15. TONY CASTELLO (Lahir 1946 - 13 Disember 2010)
Pelakon filem Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah, 64, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin di Hospital Changi, Singapura.
Pelakon yang terkenal dengan watak Sazali dalam filem itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura.
Tony meninggalkan tiga anak, seorang hasil perkahwinannya dengan wanita Amerika Syarikat manakala dua lagi dengan wanita Singapura. Manakala seorang isteri warga Filipina.
Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan tentu sekali nama mereka tetap segar dalam ingatan kita buat selama-lamanya. Al-fatihah

No comments:

Post a Comment